Tiada siapa dapat memberikan
definisi yang tepat tentang erti cinta. Setiap orang mempunyai definisi yang
tersendiri tentang 'cinta'. Cinta yang aku ingin bicarakan ialah cinta antara
adam dan hawa.Cinta adalah perasaan yang
begitu indah dan sukar ditafsirkan. Hanya yang pernah merasainya sahaja
mengerti betapa indahnya dunia apabila dibuai cinta. Sayangnya, cinta tidak hanya memberi bahgia
tetapi cinta juga mengundang sengsara. Jatuh cinta juga bermakna kita harus
bersedia untuk menderita.Ada yang bunuh diri demi
cinta, ada yang sanggup tinggalkan keluarga, ada yang sanggup korbankan
segalanya tetapi berbaloikah semua ini dilakukan demi cinta?
![]() |
Mungkin ada yang
jawab, ya!. Pada pandanganku, cinta sebegitu hanya bagi orang yang mementingkan
diri. Kita boleh mengorbankan segalanya tetapi jangan sesekali korbankan
maruah diri dan keluarga. Cinta ibu bapa
adalah sejati, Cinta Allah adalah abadi. Wajarkah kita tinggalkan ibu bapa yang berpuluh-puluh tahun
bersama kita demi seorang kekasih yang baru kita kenali? Jika dia benar- benar
tulus mencintai kita, pasti dia akan berusaha mendapatkan restu orang tua.
Bukankah cinta itu memerlukan pengorbanan? Berkorbanlah sedikit demi restu
keluarga. Bunuh diri kerana cinta pula adalah perkara yang paling bodoh dan
hina. Sekiranya kita ditinggalkan kekasih, hiduplah dengan baik, buktikan kita
boleh hidup dengan lebih bahagia tanpanya. Itu adalah pembalasan dendam yang
paling mulia. Ciptakan kebahagiaanmu sendiri.
Cinta boleh berubah mengikut
peredaran waktu. Ia boleh bertambah mahupun berkurang. Ada cinta sementara dan
ada cinta sejati. Cinta sementara adalah cinta berdasarkan rupa dan harta.
Cinta sejati sukar dijumpa. Apakah cinta sejati? Menurut pandanganku, cinta
sejati adalah apabila kita mengasihi seseorang itu seadanya, mendengar apa yang tidak diperkatakan, nampak apa yang
tidak diperlihatkan, mengerti tanpa perlu dijelaskan, tidak mementingkan
perasaan sendiri dan bahagia bila bersama. Sukar bukan? Mungkin ini dikatakan
pasangan serasi. Mungkin memang ada yang dah serasi smulajadi tapi usah risau
kerana kita boleh berusaha untuk menjadi pasangan serasi... bagaimana caranya?
Kenalilah pasangan kita dengan sebenar-benarnya... Kenali sifatnya,
perlakuannya, apa yang disukainya, apa yang dibencinya dan sebagainya...
Ini hanyalah pandanganku semata-mata...
