Cinta oh cinta...

Tiada siapa dapat memberikan definisi yang tepat tentang erti cinta. Setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang 'cinta'. Cinta yang aku ingin bicarakan ialah cinta antara adam dan hawa.Cinta adalah perasaan yang begitu indah dan sukar ditafsirkan. Hanya yang pernah merasainya sahaja mengerti betapa indahnya dunia apabila dibuai cinta.  Sayangnya, cinta tidak hanya memberi bahgia tetapi cinta juga mengundang sengsara. Jatuh cinta juga bermakna kita harus bersedia untuk menderita.Ada yang bunuh diri demi cinta, ada yang sanggup tinggalkan keluarga, ada yang sanggup korbankan segalanya tetapi berbaloikah semua ini dilakukan demi cinta? 

Mungkin ada yang jawab, ya!. Pada pandanganku, cinta sebegitu hanya bagi orang yang mementingkan diri. Kita boleh mengorbankan segalanya tetapi jangan sesekali korbankan maruah  diri dan keluarga. Cinta ibu bapa adalah sejati, Cinta Allah adalah abadi.  Wajarkah kita tinggalkan ibu bapa yang berpuluh-puluh tahun bersama kita demi seorang kekasih yang baru kita kenali? Jika dia benar- benar tulus mencintai kita, pasti dia akan berusaha mendapatkan restu orang tua. Bukankah cinta itu memerlukan pengorbanan? Berkorbanlah sedikit demi restu keluarga. Bunuh diri kerana cinta pula adalah perkara yang paling bodoh dan hina. Sekiranya kita ditinggalkan kekasih, hiduplah dengan baik, buktikan kita boleh hidup dengan lebih bahagia tanpanya. Itu adalah pembalasan dendam yang paling mulia. Ciptakan kebahagiaanmu sendiri.

Cinta boleh berubah mengikut peredaran waktu. Ia boleh bertambah mahupun berkurang. Ada cinta sementara dan ada cinta sejati. Cinta sementara adalah cinta berdasarkan rupa dan harta. Cinta sejati sukar dijumpa. Apakah cinta sejati? Menurut pandanganku, cinta sejati adalah apabila kita mengasihi seseorang itu seadanya, mendengar  apa yang tidak diperkatakan, nampak apa yang tidak diperlihatkan, mengerti tanpa perlu dijelaskan, tidak mementingkan perasaan sendiri dan bahagia bila bersama. Sukar bukan? Mungkin ini dikatakan pasangan serasi. Mungkin memang ada yang dah serasi smulajadi tapi usah risau kerana kita boleh berusaha untuk menjadi pasangan serasi... bagaimana caranya? Kenalilah pasangan kita dengan sebenar-benarnya... Kenali sifatnya, perlakuannya, apa yang disukainya, apa yang dibencinya dan sebagainya...
Ini hanyalah pandanganku semata-mata...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan