Saya baru je terbaca entri daripada blog bwerking bertajuk cabut bulu cara murah... Ini menarik perhatian saya disebabkan adik saya sibuk mencari waxing hair remover dan juga sebab ramai yang suka membeli produk-produk buang bulu ni seperti Veet, Nair dan sebagainya. Adakah anda salah seorang daripadanya?? Saya tak..
Kali ni saya nak share satu teknik cabut bulu yang telah digunakan sejak zaman Cleopatra dari Mesir Purba. Alaa... Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya yang takde tolok bandingnya tu.. Teknik ni dikenali dengan nama "Sugaring". Pelik ke?? LOL.
Ini dia resepinya:
•2 cawan gula kasar/pasir
•1/4 cawan perahan limau nipis
•1/4 cawan air
Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan tadi ke kuali besar dan pasang api sederhana kuat
Sentiasa kacau adunan hingga mendidih dan warna keperangan
HATI-HATI PANAS!
Tuangkan kedalam bekas tahan panas
Biarkan sejuk. Dinasihatkan guna keesokan hari atau buat pagi dan guna petangnya.
Tips
Untuk gunakan semula (baki), sebaik-baiknya kukus untuk cairkan sugaring.
Boleh panaskan dalam microwave (Hati-hati kepanasan!)
Semasa nak guna, jika terlalu panas, boleh tambahkan beberapa titis air dan gaul.
Test kat kuku untuk uji kepanasan. Jika menusuk, tunggu sejuk sikit.
Cara Penggunaan
Cara penggunaan adalah serupa dengan menggunakan wax.
1.Apply sugaring kat kawasan yang nak dicabut bulu
2.Lekapkan kain cotton kat kawasan tadi
3.Gosok3 sambil tekan sikit (Bagi melekat)
4.Tarik (Berlawanan arah bulu) RENTAP!! <--Tarik laju
Ada beraann?? Hahaha..
Yang dh biasa waxing tu ble la cuba lebih kurang je rasanya kot..
Jangan tanya saya sakit ke tak sebab saya blum pernah cuba...
-----------------------------------------------
Peringatan:
Bagi bulu ari-ari, sugaring boleh digunakan tapi teknik mencabut tu tak sama!! (pandai2 sendirilah yer)
Baki sugaring (dalam bekas) boleh disimpan dalam peti sejuk/ rak dan dipanaskan kemudian hari untuk kegunaan semula
Kain cotton tadi boleh digunakan semula cuma Rendam kain cotton yang dah diguna tu untuk membersihkan sugaring dari situ.
Tambahan:
Teknik ni boleh bertahan dari 2 Minggu ke 2 Bulan bergantung kepada individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan