Dropship

Berminat nak berniaga? X perlu modal..x perlu simpan stok..hanya promosikan produk dan dapatkan keuntungan..senang kan? Jom join dropship produk Meiko kosmetik original jepun dan lain2 lg di https://m.facebook.com/profile.php?id=579539665398069&ref=bookmark#!/profile.php?id=579539665398069&ref=bookmark . Pm page or wassap 0135931532 skrg..

Cinta oh cinta...

Tiada siapa dapat memberikan definisi yang tepat tentang erti cinta. Setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang 'cinta'. Cinta yang aku ingin bicarakan ialah cinta antara adam dan hawa.Cinta adalah perasaan yang begitu indah dan sukar ditafsirkan. Hanya yang pernah merasainya sahaja mengerti betapa indahnya dunia apabila dibuai cinta.  Sayangnya, cinta tidak hanya memberi bahgia tetapi cinta juga mengundang sengsara. Jatuh cinta juga bermakna kita harus bersedia untuk menderita.Ada yang bunuh diri demi cinta, ada yang sanggup tinggalkan keluarga, ada yang sanggup korbankan segalanya tetapi berbaloikah semua ini dilakukan demi cinta? 

Mungkin ada yang jawab, ya!. Pada pandanganku, cinta sebegitu hanya bagi orang yang mementingkan diri. Kita boleh mengorbankan segalanya tetapi jangan sesekali korbankan maruah  diri dan keluarga. Cinta ibu bapa adalah sejati, Cinta Allah adalah abadi.  Wajarkah kita tinggalkan ibu bapa yang berpuluh-puluh tahun bersama kita demi seorang kekasih yang baru kita kenali? Jika dia benar- benar tulus mencintai kita, pasti dia akan berusaha mendapatkan restu orang tua. Bukankah cinta itu memerlukan pengorbanan? Berkorbanlah sedikit demi restu keluarga. Bunuh diri kerana cinta pula adalah perkara yang paling bodoh dan hina. Sekiranya kita ditinggalkan kekasih, hiduplah dengan baik, buktikan kita boleh hidup dengan lebih bahagia tanpanya. Itu adalah pembalasan dendam yang paling mulia. Ciptakan kebahagiaanmu sendiri.

Cinta boleh berubah mengikut peredaran waktu. Ia boleh bertambah mahupun berkurang. Ada cinta sementara dan ada cinta sejati. Cinta sementara adalah cinta berdasarkan rupa dan harta. Cinta sejati sukar dijumpa. Apakah cinta sejati? Menurut pandanganku, cinta sejati adalah apabila kita mengasihi seseorang itu seadanya, mendengar  apa yang tidak diperkatakan, nampak apa yang tidak diperlihatkan, mengerti tanpa perlu dijelaskan, tidak mementingkan perasaan sendiri dan bahagia bila bersama. Sukar bukan? Mungkin ini dikatakan pasangan serasi. Mungkin memang ada yang dah serasi smulajadi tapi usah risau kerana kita boleh berusaha untuk menjadi pasangan serasi... bagaimana caranya? Kenalilah pasangan kita dengan sebenar-benarnya... Kenali sifatnya, perlakuannya, apa yang disukainya, apa yang dibencinya dan sebagainya...
Ini hanyalah pandanganku semata-mata...

Natural Waxing

Saya baru je terbaca entri daripada blog bwerking bertajuk  cabut bulu cara murah... Ini menarik perhatian saya disebabkan adik saya sibuk mencari waxing hair remover dan juga sebab ramai yang suka membeli produk-produk buang bulu ni seperti Veet, Nair dan sebagainya. Adakah anda salah seorang daripadanya?? Saya tak..
Kali ni saya nak share satu teknik cabut bulu yang telah digunakan sejak zaman Cleopatra dari Mesir Purba. Alaa... Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya yang takde tolok bandingnya tu.. Teknik ni dikenali dengan nama "Sugaring". Pelik ke?? LOL.

Ini dia resepinya:
•2 cawan gula kasar/pasir
•1/4 cawan perahan limau nipis
•1/4 cawan air

Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan tadi ke kuali besar dan pasang api sederhana kuat
Sentiasa kacau adunan hingga mendidih dan warna keperangan
HATI-HATI PANAS!
Tuangkan kedalam bekas tahan panas
Biarkan sejuk. Dinasihatkan guna keesokan hari atau buat pagi dan guna petangnya.

Tips
Untuk gunakan semula (baki), sebaik-baiknya kukus untuk cairkan sugaring.
Boleh panaskan dalam microwave (Hati-hati kepanasan!)
Semasa nak guna, jika terlalu panas, boleh tambahkan beberapa titis air dan gaul.
Test kat kuku untuk uji kepanasan. Jika menusuk, tunggu sejuk sikit.

Cara Penggunaan
 Cara penggunaan adalah serupa dengan menggunakan wax.
1.Apply sugaring kat kawasan yang nak dicabut bulu
2.Lekapkan kain cotton kat kawasan tadi
3.Gosok3 sambil tekan sikit (Bagi melekat)
4.Tarik (Berlawanan arah bulu) RENTAP!! <--Tarik laju

Ada beraann?? Hahaha..
Yang dh biasa waxing tu ble la cuba lebih kurang je rasanya kot..
Jangan tanya saya sakit ke tak sebab saya blum pernah cuba...
-----------------------------------------------
Peringatan:
 Bagi bulu ari-ari, sugaring boleh digunakan tapi teknik mencabut tu tak sama!! (pandai2 sendirilah yer)
 Baki sugaring (dalam bekas) boleh disimpan dalam peti sejuk/ rak dan dipanaskan kemudian hari untuk kegunaan semula
 Kain cotton tadi boleh digunakan semula cuma Rendam kain cotton yang dah diguna tu untuk membersihkan sugaring dari situ.

Tambahan:
Teknik ni boleh bertahan dari 2 Minggu ke 2 Bulan bergantung kepada individu.


Aduhai Pak Pandir

Suatu hari Pak Pandir sedang berjalan-jalan didalam hutan mencari kayu.
Tiba-tiba beliau terjumpa seketul tahi, lalu Pak Pandir menyentuh tahi tersebut...."erm,lembek mcm tahi!.." kemudian..merasa tahi tersebut,"erm..rasa pun macam tahi!!"..
lantas menghidu tahi tersebut..."bau pun macam tahi.... memang sah la ni tahi...."
Kemudian dengan muka yang sangat gembira... Pak Pandir berkata..."nasib baik aku tak terpijak tahi ni....!!!!!


Gadis cantik vs gadis tak cantik

Kalau Gadis cantik pendiam
Lelaki Akan Cakap:: Woow, sweet Giler...
Kalau Gadis tak cantik Pendiam
Lelaki Akan Cakap: Eh Perasan Bagus...

Kalau Gadis cantik Berbuat Jahat
Lelaki Akan Kata: Nobody's Perfect
Kalau Gadis tak cantik Berbuat Jahat
Lelaki Akan Cakap: Memang....Muka Pun Macam tong sampah!

Kalau Gadis cantik Menolong orang susah
Lelaki Akan Cakap: Wah..baik hati dia.. dah la cantik!
Kalau Gadis tak cantik Menolong orang susah
Lelaki Akan Kata: Berlagak baik konon..

Kalau Gadis cantik Dapat Lelaki handsome
Lelaki Akan Kata: Sepadan Sangat...
Kalau Gadis tak cantik Dapat Lelaki Handsome
Lelaki Akan Kata: Mesti Kena Bomoh lelaki Tuh!

Kalau Gadis cantik Ditinggal Kekasih
Lelaki Akan Kata: Jangan Sedih, Kan Saya Ada..
Kalau Gadis tak cantik Ditinggal Kekasih
Lelaki Akan Kata:...(Terdiam, Tapi mata memandang atas bawah,
Patutlah, Tengok Saja Luarannya)...

Kalau Gadis cantik Bawa BMW
Lelaki Akan Cakap: Matching...Hebat Luar Dalam
Kalau Gadis tak cantik Bawa BMW
Lelaki Akan Cakap: Berlagak la tu?...

Kalau Gadis cantik Tak Mau Bergambar
Lelaki Akan Cakap: Pasti Takut Kalau2 Gambarnya Tersebar
Kalau Gadis tak cantik Tak Mau Bergambar
Lelaki Akan Kata: Tak Sanggup Melihat Hasilnya ler tu...

Kalau Gadis cantik Bersedih Hati
Lelaki Akan Cakap: Let Me Be Your Shoulder To Cry On
Kalau Gadis tak cantik Bersedih Hati
Lelaki Akan Kata: Kuat Nangis!! mengada-ngada?

Moral: Dont judge a book by its cover....

Blank...

Aku masih belum ada idea lagi nak menulis.. Termenung aku sendirian memerhatikan blog baru aku yang masih sepi ni...erm..idea oh idea..datanglah wahai idea..

Aku masih baru

Aku masih baru dalam dunia blogger... blog aku ni nampak biasa jer tapi seharian aku duk mentacapnyer.. takpelah untuk beginner macam aku ni kira ok la...(padahal tak puas hati..hehe)...